Tuesday 9 September 2014

English Cotton Murah-Murah




Didalam ruangan ini saya ingin mempromosi kain English Cotton Vietnam untuk jualan bagi sesiapa yg berminat untuk membelinya.

Harga untuk kain setiap pasang ada RM 65.00 bagi setiap jenis. Setiap penghantaran akan di cas RM 7

Contact kami: Zuriana(017-5288906) & Hidayat(019-6347782) untuk tempahan dan penghantaran.

berikut adalah kelebihan kain cotton kami:

Kain Full Cotton (100% Cotton)
Kain Cotton ini biasanya lebih baik berbanding dengan kain cotton biasa. Si pemakai akan terasa lebih selesa dan sejuk kerana bahan ini mempunyai kualiti yang sangat baik. Tetapi dengan kandungan cotton 100% ini, kain akan mudah kusut dan memerlukan jagaan yang lebih rapi. Bagi memilih kain cotton yang diperbuat dari jenis ini anda diminta lebih berhati-hati kerana kebanyakkan penjual kain cotton akan menyatakan bahawa kain cotton mereka adalah 100% tetapi sebenarnya kain cotton penjual tersebut adalah yang biasa sahaja. Kain cotton jenis 100% cotton akan terasa lebih lembut dan mudah kusut bila dipegang. Bahan pewarna yang digunakan adalah lebih baik...
Berikut adalah Jenis 2 kain cotton kami: 










Saturday 23 August 2014

Salam Perkenalan


Asslamualaikum dan Salam Sejahtera... salam heppy2 selalu.. :) 
Salam perkenalan dari aku (yg boleh dikenali sebagai Yat), ingin memulakan mukadimah penulisan blog buat pertama kalinya.. Yat... aku lelaki, bukan perempuan sbb aku selesa org paggil yat jer huhuhu.. walaupun aku rasa tulis blog munkin dah ketinggalan zaman tetapi aku baru nk belajar dan memanjakan diri dgn teknology blog ni.... byk sbb org tulis blog dan aku nk cuba buat mcm org lain...

  1. kata org dgn blog ni boleh buat mcm2, contohnya share informasi, berniaga, meluahkan perasaan, cari kenalan baru dan lama... dan macam2 lagi...
  1. blog juga ada baik dan buruknya.... terpulang pada pembaca untuk menerima dan memberi pandangan masing2... untuk hr ni aku share skit tentang kebaikan dan keburukan blog..

Kebaikan Blog:-
1.  Perkongsian Maklumat
Perkongsian Maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain.
2. Boleh Menambah Kawan
Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”. 
3. Boleh Menjana Pendapatan
Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher”. Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain-lain adalah seperti Adsense (google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script publisher ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk mengiklankan produk mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng’klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit.
4. Sebagai tempat untuk mengasah bakat
Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.
Keburukan Blog:-
1. Maklumat Palsu
Para pengunjung blog haruslah bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang dipapar adalah palsu atau benar. Ini merupakan salah satu masalah yang sukar untuk dibendung. Tidak semua maklumat yang dikongsi oleh “bloggers” adalah benar. Ianya sama ada di sedari oleh penulis itu sendiri ataupun hanya mendengar dari mulut orang lain dan terus berkongsi maklumat di dalam blog tanpa membuat siasatan akan kesahihah maklumat tersebut.  Apabila ianya telah dipaparkan di dalam blog, maklumat tersebut akan tersebar dengan cepatnya. Ianya memberi impak yang buruk kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam maklumat palsu tersebut.
2. Alat Untuk Menjatuhkan Seseorang
Keburukan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Ianya banyak melibatkan pihak-pihak yang terlibat di dalam politik. Blog dijadikan sebagai medium untuk menjatuhkan seseorang ahli politik. Pelbagai maklumat peribadi di paparkan dan terdapat maklumat yang ditokok tambah, ianya dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan pengunjung blog percaya akan keburukan yang dipapar tentang ahli politik tersebut. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang hanya percaya bulat-bulat dan ada yang 50-50 dan ada juga yang tidak percaya malah ada yang sanggup untuk menyiasat akan kesahihan berita tersebut. 
3. Memecah belahkan masyarakat / negara
Sebagai rakyat yang tinggal di dalam negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, sifat kepercayaan dan hormat menghormati antara satu sama lain amatlah penting. Terdapat blog yang dibina semata-mata untuk memecah belahkan keharmonian rakyat di negara ini.  Isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dibincangkan secara terbuka tanpa mengira impak yang akan di hadapi oleh masyarakat dan negara khususnya. Isu-isu ini boleh mengguris hati sesetengah kaum dan berkemungkinan akan menimbulkan sikap tidak puas hati, dendam kepada kaum yang lain. Ini amat merbahaya kepada keharmonian sesebuah negara. 
4. Sebagai Alat Untuk Penyebaran Unsur-unsur Tidak Bermoral
Terdapat orang perseorangan  yang menggunakan blog sebagai alat untuk menyebarkan unsur-unsur tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video lucah di dalam blog mereka. Di samping itu cerita-cerita lucah juga di paparkan juga. Sekiranya blog ini dilawati oleh para remaja ataupun kanak-kanak, ianya memberi kesan negatif kepada mereka.
Ini adalah antara kebaikan dan keburukan blog. Sekiranya ada pertambahan bolehlah dikongsi bersama. 

Terima kasih kepada semua tetamu yg membaca blog aku hr ni.. tuk hr ni ini saaja k.. next time aku share benda lain lagi yer.. 

ok.. wasssalam...